Program Peningkatan Disiplin Sekolah Tahun 2013 telah berjalan selama seminggu lebih dan semua ajk sedang sibuk dengan persediaan laporan masing-masing. Beberapa aktiviti disusun dan dijalankan untuk memantapkan disiplin warga sekolah.
Salah satu aktiviti yang telah dijalankan ialah Ceramah Disiplin penting dalam menjaga keselamatan oleh Sarjan Samil b. Mohamad dari Balai Polis Kuala Kangsar. Ceramah belliau yang bersahaja dan jelas menarik minat murid dan guru. Ceramah telah diadakan pada 7 Julai 2013, pukul 7.45 hingga 8.45 pagi di dewan Anggerik SK. Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak.
harapan pihak Unit Kaunseling, ceramah ini akan menjadikan murid sentiasa berwaspada terhadap semua ancaman yang ada di sekeliling mereka dan apa yang paling penting ialah keinginan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga haruslah diutamakan.
No comments:
Post a Comment