Tuesday, July 23, 2013

Beberapa lagi aktiviti sempena Program Peningkatan Disiplin (PPD) Sekolah

Selain ceramah disiplin oleh pegawai PDRM, pegawai dari Hospital Kuala Kangsar, Pegawai Unit Agama PPD Kuala Kangsar dan Pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar juga menyerikan Bulan Peningkatan Disiplin ini melalui sesi ceramah masing-masing.

Program selama sebulan ini yang bakal dirasmikan penutupannya dalam beberapa hari lagi diharapkan memberikan input yang cukup baik kepada semua warga sekolah terhadap usaha meningkatkan tahap disiplin diri masing-masing.

Kepada semua warga guru, setinggi tahniah dan ucapan terima kasih atas semua kerjasama dan buah fikiran yang diberikan sepanjang program berlansung.  Sesungguhnya apa yang dilakukan adalah demi kebaikan semua anak didik kita yang mana didikan awal akan membentuk keperibadian mereka sepanjang hidup.  Kepada murid-murid pula, disiplin adalah tunggak kejayaan dan membentuk sahsiah diri, maka bentuklah disiplin setiap hari.



No comments:

Post a Comment