PANDUAN PELAKSANAAN
GURU PENYAYANG
TUJUAN
1.
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
2.
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,
dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru
Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.
4.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
5.
Objektif Guru Penyayang;
5.1
Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
5.2
Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
5.3
Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
5.4
Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
AKTIVITI
6.
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia
akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara
berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan
tiga aktiviti berikut;
6.1
Mengalu-alukan kehadiran murid
6.2
Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3
Memberi penghargaan kepada murid
No comments:
Post a Comment