Aktiviti kokurikulum banyak berperanan membentuk pelajar yang seimbang dalam semua aspek yang
merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani, dan intelek. antara maslahat
kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri pelajar.
Kgiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari.
Aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit
beruniform seperti Renjer Puteri, Kadet Remaja Sekolah, dan Kadet
Pertahanan Awam, memerlukan kemampuan pelajar untuk mejalankan
aktiviti-aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta
disiplin yang tinggi.
Mereka juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasak,
membuat simpulan, dan menggunakan teknologi maklumat terkini, serta
ilmu-ilmu yang tidak dapat diperoleh dalam bilik darjah. Rentetan itu,
pelajar yang ada bakat dapat menyerlahkan bakat mereka dalam kehidupan
harian. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula dapat melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam
kalangan pelajar sekolah.
Dalam pertandingan memasak ini, kumpulan pelajar lelaki yang menjuarainya.....terbukti mereka memang masterchef....pandai menggunakan kemahiran mereka dalam aktiviti.
No comments:
Post a Comment