Taklimat telah dijalankan pada hari ini , pukul 3.00 hingga 4.30 petang di mana semua ketua dan penolong kelas tahun 1 hingga 6 telah hadir ke Dewan Anggerik. Tahniah kepada semua ketua dan penolong atas komitmen yang diberikan dan menjalankan kepercayaan para guru dan sekolah untuk mengetuai kelas masing-masing demi menjamin disiplin kelas yang lebih baik. Semoga semua anak didik ini akan lebih tekun belajar dan nmenjalankan tugas yang tergalas di bahu mereka dengan sabar......sayang semua...
Friday, March 22, 2013
Wednesday, March 20, 2013
Lantikan rasmi pengawas tahun 2013
Walaupun sudah tiga bulan berlalu, tidak terlambat untuk diucapkan tahniah kepada barisan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber atas pemilihan sebagai pemimpin pelajar. Sesungguhnya komitmen semua anak didik ini menjadikan pengurusan sekolah semakin lancar dan di masa yang sama sikap kepimpinan dibina hari demi hari dalam diri masing-masing.
Jalankan tanggungjawab yuang terpikul di atas bahu kalian dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah amanah yang mesti ditunaikan sebagai pemimpin terpilih.
Jalankan tanggungjawab yuang terpikul di atas bahu kalian dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah amanah yang mesti ditunaikan sebagai pemimpin terpilih.
Renungan pagi ini
- Jauhilah dengki, kerana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.
Kepentingan aktiviti kokurikulum
Aktiviti kokurikulum banyak berperanan membentuk pelajar yang seimbang dalam semua aspek yang
merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani, dan intelek. antara maslahat
kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri pelajar.
Kgiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit beruniform seperti Renjer Puteri, Kadet Remaja Sekolah, dan Kadet Pertahanan Awam, memerlukan kemampuan pelajar untuk mejalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta disiplin yang tinggi.
Mereka juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasak, membuat simpulan, dan menggunakan teknologi maklumat terkini, serta ilmu-ilmu yang tidak dapat diperoleh dalam bilik darjah. Rentetan itu, pelajar yang ada bakat dapat menyerlahkan bakat mereka dalam kehidupan harian. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah.
Dalam pertandingan memasak ini, kumpulan pelajar lelaki yang menjuarainya.....terbukti mereka memang masterchef....pandai menggunakan kemahiran mereka dalam aktiviti.

Tuesday, March 19, 2013
Program Mentor mentee
Terima kasih daun keladi kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini...semoga semakin ramai anak didik yang kita kenali di sekolah bukan hanya tertumpu kepada yang kita ajar sahaja. Perasaan ambil berat itu jauh lebih berharga berbanding wang ringgit jika dihulur pada mereka, tegur sapa kita di pagi hari menjadikan kita semakin dihargai....
Monday, March 18, 2013
Nasihat pagi ini
Marilah kita renung bersama........
Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
Sekolah Penyayang
PANDUAN PELAKSANAAN
GURU PENYAYANG
TUJUAN
1.
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
2.
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,
dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru
Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.
4.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
5.
Objektif Guru Penyayang;
5.1
Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
5.2
Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
5.3
Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
5.4
Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
AKTIVITI
6.
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia
akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara
berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan
tiga aktiviti berikut;
6.1
Mengalu-alukan kehadiran murid
6.2
Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3
Memberi penghargaan kepada murid
Carta Gantt Sekolah Penyayang Tahun 2013
CARTA
GANTT AKTIVITI SEKOLAH PENYAYANG, 2013
|
|||||||||||||||
SK.
SULTAN IDRIS II, KUALA KANGSAR, PERAK
|
|||||||||||||||
BIL
|
TINDAKAN / PERKARA
|
JAN
|
FEB
|
MAC
|
APR
|
MEI
|
JUN
|
JUL
|
OGO
|
SEP
|
OKT
|
NOV
|
|||
|
ITEM
MENTO MENTEE
|
|
|||||||||||||
1
|
PENGURUSAN MESYUARAT / TAKLIMAT
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2
|
MAJLIS PENYERAHAN MENTEE
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
3
|
MAJLIS PERTEMUAN BULANAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4
|
PENYEDIAAN LAPORAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
|
|||||||||||||||
|
ITEM
PENGHARGAAN MURID
|
|
|||||||||||||
1
|
MERAIKAN HARI LAHIR MURID
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
2
|
MERAIKAN HARI KANAK-KANAK
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
3
|
MERAIKAN MURID AKTIF SUKAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
4
|
MERAIKAN MURID BERSAHSIAH TINGGI
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5
|
MERAIKAN MURID KELAS BERSIH
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
1
|
ITEM MENYAMBUT / HANTAR PULANG
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)