Tarikh: 30 Ogos 2013
Masa: 7.50 pagi
Tempat; Dewan Seroja SKSI II, Kuala Kangsar
sasaran : Semua guru dan pelajar
Aktiviti :
1. Nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua guru dan murid.
2. Sajak patriotik
3. Laungan Kemerdekaan.
Selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas bil 14/2000 yang menghendaki semua sekolah menjalankan perhimpunan Khas pasa setiap 30 hb Ogos, maka pihak sekolah melalui ajk Hari Kemerdekaan telah menjalankan program seperti yang di atas. Selain perhimpunan khas ini, sepanjang bulan Ogos juga pelbagai aktiviti berkaitan hari merdeka telah dijalankan bersama semua murid.
Thursday, August 29, 2013
Monday, August 19, 2013
Perasmian Program Mengibar Jalur Gemilang Sempena Ulang tahun Hari Kemerdekaan 2013
Program berkenaan telah dilaksanakan pada hari Isnin, 19 Ogos 2013 di Tapak Perhimpunan semasa perhimpunan rasmi mingguan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Roslan b. Kechil. Penyelaras program iaitu Guru Pusat Sumber Sekolah telah dibantu oleh Guru NILAM dalam menjayakan perasmian program pagi itu.
Turut memberikan sedikit maklumat berkaitan Hari Kemerdekaan ialah PK HEM, Encik Mazlan b. Mat Ali. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program termasuk para pelajar.
Turut memberikan sedikit maklumat berkaitan Hari Kemerdekaan ialah PK HEM, Encik Mazlan b. Mat Ali. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program termasuk para pelajar.
Bacaan Yassin, Solat Hajat, majlis berbuka puasa dan penghargaan pelajar tahun 6 2013
Pada 1 hb Ogos 2013 yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam sekolah telah menganjurkan Majlis berbuka puasa dan penghargaan pelajar tahun 6 yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR 2013. Dalam majlis berkenaan turut dilaksanakan Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk semua pelajar tahun 6. Majlis bermula sejak pukul 6.00 petang dan berakhir sebelum waktu Solat Isyak.
Selain kehadiran semua ibu bapa penjaga pelajar tahun 6, majlis turut disertai ajk PIBG sekolah dan para guru. Tahniah kepada pihak pengurusan , moga Allah memberkati majlis berkenaan....Amin.
Selain kehadiran semua ibu bapa penjaga pelajar tahun 6, majlis turut disertai ajk PIBG sekolah dan para guru. Tahniah kepada pihak pengurusan , moga Allah memberkati majlis berkenaan....Amin.
Tuesday, July 23, 2013
Beberapa lagi aktiviti sempena Program Peningkatan Disiplin (PPD) Sekolah
Selain ceramah disiplin oleh pegawai PDRM, pegawai dari Hospital Kuala Kangsar, Pegawai Unit Agama PPD Kuala Kangsar dan Pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar juga menyerikan Bulan Peningkatan Disiplin ini melalui sesi ceramah masing-masing.
Program selama sebulan ini yang bakal dirasmikan penutupannya dalam beberapa hari lagi diharapkan memberikan input yang cukup baik kepada semua warga sekolah terhadap usaha meningkatkan tahap disiplin diri masing-masing.
Kepada semua warga guru, setinggi tahniah dan ucapan terima kasih atas semua kerjasama dan buah fikiran yang diberikan sepanjang program berlansung. Sesungguhnya apa yang dilakukan adalah demi kebaikan semua anak didik kita yang mana didikan awal akan membentuk keperibadian mereka sepanjang hidup. Kepada murid-murid pula, disiplin adalah tunggak kejayaan dan membentuk sahsiah diri, maka bentuklah disiplin setiap hari.

Wednesday, July 10, 2013
Ceramah Disiplin penting dalam menjaga keselamatan
Program Peningkatan Disiplin Sekolah Tahun 2013 telah berjalan selama seminggu lebih dan semua ajk sedang sibuk dengan persediaan laporan masing-masing. Beberapa aktiviti disusun dan dijalankan untuk memantapkan disiplin warga sekolah.
Salah satu aktiviti yang telah dijalankan ialah Ceramah Disiplin penting dalam menjaga keselamatan oleh Sarjan Samil b. Mohamad dari Balai Polis Kuala Kangsar. Ceramah belliau yang bersahaja dan jelas menarik minat murid dan guru. Ceramah telah diadakan pada 7 Julai 2013, pukul 7.45 hingga 8.45 pagi di dewan Anggerik SK. Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak.
harapan pihak Unit Kaunseling, ceramah ini akan menjadikan murid sentiasa berwaspada terhadap semua ancaman yang ada di sekeliling mereka dan apa yang paling penting ialah keinginan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga haruslah diutamakan.

Monday, July 1, 2013
Bulan Peningkatan Disiplin Sekolah 2013
Laporan dari setiap bahagian akan dikumpulkan dan dianalisa sepanjang program bagi melihat keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dirangka dan dijalan. Ini akan menjadi kayu pengukur untuk program yang sama di masa akan datang.
Seminar UPSR Tahun 2013
Seminar yang ditaja oleh Yayasan Bina Upaya ini telah dijalankan di Dewan JKR Kuala Kangsar pada 29 Jun 2013 bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sejumlah 38 buah sekolah telah menghantar dua orang peserta manakala baki 5 buah sekolah hanya mengahantar 5 orang peserta.
SK> Sultan Idris II Kuala Kangsar juga menghantar dua orang murid iaitu dik Amin dan Adik fatihah yang disasarkan akan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR nanti.

Wednesday, June 12, 2013
Taklimat Peningkatan Sekolah dan Pembelajaran Vokasional
Taklimat berkenaan telah diadakan di SMK Vokasional ( yang akan digelar Kolej Vokasional )Padang Rengas, Perak pada 11 Jun 2013 bersamaan hari Selasa. Peserta adalah terdiri dari semua kaunselor sekolah rendah dan menengah dari Daerah Kuala Kangsar dan Kinta. Taklimat bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang. Semua peserta diberikan penjelasan tentang peningkatan dan perubahan yang akan dilalui oleh bidang pembelajaran di Kolej Vokasional dan mereka juga dibekalkan dengan beberapa bahan yang mengandungi maklumat berkaitan.
Sunday, May 26, 2013
Program Sekolah Kluster Kebangsaan Tahun 2013
Program ini telah dijalankan di SK. Kampung Jambu, Taiping pada 24 hingga 26 hb Mei 2013 lalu di mana beberapa pelajar tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar telah menyertainya. Pelajar mengikuti beberapa bengkel bahasa yang meliputi Bahasa Melayu ( Syair dan Pengucapan awam ) dan Bahasa Arab ( Tadarus Al Quran ) selain mengikuti bengkel vokal sebelum menjalani ujian atau pertandingan untuk menguji kebolehan masing-masing.
Walaupun belum mampu bersaing dari segi kemenangan, semua pelajar telah menunjukkan minat dan kebolehan masing-masing di pertandingan berkenaan. Ucapan tahniah kepada ketua kontijen, Pn. Nobaisah Mohd Kamil yang begitu bersemangat dalam mempastikan penyertaan pelajar dan usaha menimba ilmu berjaya dicapai. Tahniah kepada semua pelajar yang telah menyertai program berkenaan.

Wednesday, May 22, 2013
Pemantauan Lorong PPDa Sekolah
Pada 21 hb Mei 2013, bersamaan hari Selasa, seramai tiga orang pegawai JPN Perak telah hadir dan memantau Lorong PPDa sekolah sempena pertandingan Bilik, Sudut atau Lorong PPDa Sekolah Peringkat Negeri Perak.
Lorong PPDa sekolah telah mewakili daerah Kuala Kangsar di pertandingan ini dan dinilai dari segi keberkesanan sudut / lorong dan sistem fail pengurusan program PPDa sekolah.
Setiausaha dan Naib Setiausaha Unit PPDa sekolah telah bersama dengan semua pegawai sepanjang pemantauan berlansung. Harapan semoga ada keputusan yang baik selepas pemantaan berakhir.
Untuk semua warga sekolah, setinggi terima kasih dan syabas kerana komitmen yang baik sentiasa diberikan untuk Program Pencegahan dadah, rokok dan inhalan di sekolah. Juga mengharapkan agar lorong dan program PPDa ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya termasuk oleh masyarakat setempat.

Monday, April 29, 2013
Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa) Peringkat Sekolah
Tujuan Minggu PPDa :
1.
Mengadakan
siri kempen atau ceramah oleh para guru, jawatankuasa atau pegawai
PEMADAM dalam menyebarkan maklumat bahaya najis dadah.
2.
Mengadakan
pameran ringkas untuk sudut dadah di sekolah.
3.
Melibatkan
para pelajar dalam usaha menangani masalah dadah dengan slogan “1 Malaysia Membanteras Dadah “ .
Murid melibatkan diri dalam mewarna, melukis bersajak, berpidato dan
menghasilkan kad ucapan anti dadah.
4.
Membolehkan
peruntukan kewangan Unit Bimbingan digunakan dalam usaha mengadakan
program-program anti dadah di peringkat sekolah.
5.
Menjalinkan
hubungan erat dan bersepadu antara sekolah dan agensi luar terutamanya PEMADAM
dan AADK dalam usaha menyebarkan maklumat berkaitan dadah dan
bahayanya kepada individu dan masyarakat.
JADUAL
PELAKSANAAN PPDa PERINGKAT SEKOLAH :
TARIKH / HARI
|
AKTIVITI
|
ISNIN
22.4.2013
|
PERASMIAN PEMBUKAAN
AKHBAR ( BUAT DI RUMAH )
|
SELASA
23.4.2301
|
PERTANDINGAN
AKHBAR ( BUAT DI RUMAH )
|
RABU
24.42013
|
PERSEMBAHAN DAN PERTANDINGAN
ATAU PELAJARAN BUKAN TERAS LAIN )
|
KHAMIS
25.4.2013
|
PERTANDINGAN
|
JUMAAT
26.4.2013
|
PERASMIAN PENUTUP (
PADA HARI ISNIN BERIKUTNYA )
|
Subscribe to:
Posts (Atom)