![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWCu7aS6Igmp5HmIRymRM0sovX9zTiE_lzG1-p-X1HceJzkELn2G895LwAIRsOfHl_6kyvDC67j59jsr7Jggkw_EZ-UZIYKsGIyfsa2kLRQ7YJs-VVoHMb9S1o3jLxKC3m5GAI21eH3emJ/s320/31012011%2528007%2529.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCvpT9f-rbDHxI0iMqoRpzaCWi2MoqY7NFYRT4eVliDuWVnV_4HbRm3kHY4SnCpuau7Kj61dL658hYes0nNyk1PneGJ2nNNG-zaPagZ2sAt7_9BDUFADHcIl3hmQ5j-NWKNtoLMa4Kmuc9/s320/31012011%2528018%2529.jpg)
Dr. Muda Tahun 4 dan 5 telah menjalani latihan untuk membanteras Aedes di kawasan sekolah. Pada awal tahun lagi mereka telah diberikan taklimat dan diasuh untuk mencari kawasan pembiakan, membanteras Aedes di kawasan berkenaan dan seterusnya mengisi borang data anti denggi sama ada untuk PPD atau Unit Vektor yang wajib dikemaskini setiap minggu dan bulan.
Semua pelajar ini begitu bersemangat menjalankan tugas mereka. Pn. Hanizah selaku setiausaha Unit Anti Denggi sekolah yang bersama mereka setiap kali pemantauan dibuat begitu gembira kerana para pelajar ini menunjukkan komitmen yang begitu baik demi mempastikan kawasan sekolah bersih dari kawasan pembiakan Aedes. " tiada Aedes, tiada Denggi "
No comments:
Post a Comment