Saturday, January 29, 2011

Bengkel Kepimpinan dan motivasi Tahun 2011

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya, telah berlansung bengkel kepimpinan dan motivasi untuk pemimpin-pemimpin di sekolah ini. Bengkel yang berlansung pada 28 dan 29 hb Januari ini telah disertai oleh 36 orang Pengawas Sekolah, 45 orang Pengawas Pusat Sumber dan 35 orang pemimpin kokurikulum.

Melalui beberapa slot yang telah disusun, mereka telah menimba ilmu kepimpinan dengan harapan dapat menambah pengetahuan, mencungkil bakat, menjalin kerjasama lebih erat, memupuk semangat setia kawan dan meningkat tahap disiplin diri masing-masing sebagaimana objektif program ini diadakan.

Bengkel ini bermula pada hari Jumaat pukul 3.00 petang dan ditutup dengan rasmi oleh Guru Besar, En. Mohd Radzif b. Kamaruddin pada hari Sabtu, pukul 5.15 petang.

No comments:

Post a Comment