Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya, telah berlansung bengkel kepimpinan dan motivasi untuk pemimpin-pemimpin di sekolah ini. Bengkel yang berlansung pada 28 dan 29 hb Januari ini telah disertai oleh 36 orang Pengawas Sekolah, 45 orang Pengawas Pusat Sumber dan 35 orang pemimpin kokurikulum.
Melalui beberapa slot yang telah disusun, mereka telah menimba ilmu kepimpinan dengan harapan dapat menambah pengetahuan, mencungkil bakat, menjalin kerjasama lebih erat, memupuk semangat setia kawan dan meningkat tahap disiplin diri masing-masing sebagaimana objektif program ini diadakan.
Bengkel ini bermula pada hari Jumaat pukul 3.00 petang dan ditutup dengan rasmi oleh Guru Besar, En. Mohd Radzif b. Kamaruddin pada hari Sabtu, pukul 5.15 petang.
Saturday, January 29, 2011
Monday, January 24, 2011
Perlantikan Rasmi Pengawas Sekolah Tahun 2011
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpVQ12K3E0uLiTsyCmGxdZWinVqdb8btmi6pPDDE7UUnBu9nY0ksDIAorBLpBiM5Yw_VnEWHnKYhBs3CQD24NZJPk7MrVmXm0CeWAiY74LAYB7Yq_gt6JryrUG1ChbikF0IaGWRQVKropJ/s320/10012011%2528004%2529.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHRUC6EK147xWCYRNIbMyKegKYxuD2YBENdfpebDZft4ChF63oD-h1dqqoO_8CKoD0l83OwsF3oVf4oz08S7wjpLP5_4XwQQ9ulMuKW2HGpWKm-XlaG_bnrTnbWoKyOSU5HMmERqWwjywO/s320/10012011%2528002%2529.jpg)
Majlis lantikan rasmi Pengawas Sekolah ini telah berlansung di Perkarangan Dataran Perhimpunan pada 10 Januari 2011.
Seramai 38 orang pengawas telah dilantik secara rasmi dan mereka akan bergerak untuk menggalas segala tugasan yang diserahkan pada mereka. Pada hari itu juga telah rasmi Mohd Syamil Shafiae sebagai Ketua murid manakala Nurizzah Ahmad Juanda sebagai Penolong Ketua Murid bagi tahun 2011. Pihak Unit Bimbingan mengucapkan tahniah atas pemilihan mereka dan percaya kedua-dua ketua ini mampu menerajui rakan setugas dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)