Tuesday, July 20, 2010

Laporan ringkas Program PPDa 2009

Aktiviti PPDa sekolah bermula seawal bulan Februari sebaik tamat sukan tahunan sekolah. Antara program awal yang dirangka dan dijalankan adalah Program Minggu Anti dadah yang dijalankan bersama AADK Kuala Kangsar yang terlibat secara lansung dengan aktiviti ceramah dan pameran. Pameran telah diadakan di kantin sekolah, berhampiran dengan sudut PPDa manakala sesi ceramah dijalankan dalam Pusat Sumber Sekolah.. Pada hari pameran dijalankan, kebetulan ruang Sudut PPDa sekolah telah dipantau oleh pegawai yang dilantik sempena pertandingan Sudut PPDa di mana SK. Sultan Idris I telah dipilih untuk mewakili Daerah Kuala Kangsar.

Bersempena dengan lawatan pemantauan ini, para guru yang terlibat dalam organisasi PPDA tahun 2009, telah bersama-sama menaikkan semula Sudut PPDa ini yang mana kedudukan asalnya adalah di ruang tengah blok A dan ianya telah ditukar ke satu sudut di kantin..
Bulan April merupakan bulan di mana guru dan pelajar banyak melibatkan diri dalam beberapa program yang diadakan di peringkat daerah dan negeri. Bermula pada 2 hb April, 6 orang pelajar tahun 5 telah menyertai Kursus Orientasi Sahabat PEMADAM PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah Negeri Perak di Kampar. Pada 28 – 30 hb April pula seramai 4 orang pelajar yang terdiri dari 2 tahun 4 dan 2 tahun 5 menyertai Program Mengilap Mutiara Tunas PPDa Sekolah Rendah untuk Peringkat Daerah bertempat di Pusat Khidmat Masarakat, Sg. Siput.

Karninal PPDa tahun ini dimulai dengan peringkat Daerah yang dijalankan pada 16 Mei 2009, bertempat di MK Tun Perak, dimana pasukan boria telah menjadi Johan, begitu juga peserta sajak sekolah rendah telah dimenangi oleh penyajak dari sekolah ini. Kemenangan ini membolehkan pasukan boria dan peserta sajak mewakili daerah ke peringkat negeri yang diadakan di SMK. Dr. Burhanuddin, Taiping. Kejuaraan Adik Sulaiman dalam bersajak telah membolehkan beliau mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan dan seterusnya telah muncul sebagai Naib Juara Kebangsaan.
Untuk aktiviti Lima Minit anti dadah, Guru Bimbingan atau Ahli Kelab Kaunseling memainkan peranan secara lansung dalam menyampaikan maklumat semasa di perhimpunan pagi.

No comments:

Post a Comment