Monday, September 27, 2010

Kempen Anti denggi 2010

Kempen ini merupakan program wajib yang dijalankan di bawah Unit Kaunseling sekolah ini. Tahun ini, kempen telah berjalan serentak dengan kempen anti dadah.

Program Mingguan Kelompok Besar Tahun 5





Setiap hari Khamis, Unit Bimbingan & Kaunaeling sekolah akan menjalankan program untuk semua pelajar tahun 5. Bidang yang disentuh akan meliputi bidang akademik, perkembangan psikososial & mental, keluarga, bidang kerjaya, pembangunan kendiri, kempen anti dadah dan rokok juga kempen anti denggi. Berikut adalah salah satu bidang yang telah dijalankan iaitu sebaran masklumat berkaitan kerjaya di mana kemahiran berkomunikasi dan perkembangan psikososial telah digabungjalin semasa menyebarkan maklumat kerjaya yang dipilih.

Sunday, August 29, 2010

Tuesday, July 20, 2010

Laporan ringkas Program PPDa 2009

Aktiviti PPDa sekolah bermula seawal bulan Februari sebaik tamat sukan tahunan sekolah. Antara program awal yang dirangka dan dijalankan adalah Program Minggu Anti dadah yang dijalankan bersama AADK Kuala Kangsar yang terlibat secara lansung dengan aktiviti ceramah dan pameran. Pameran telah diadakan di kantin sekolah, berhampiran dengan sudut PPDa manakala sesi ceramah dijalankan dalam Pusat Sumber Sekolah.. Pada hari pameran dijalankan, kebetulan ruang Sudut PPDa sekolah telah dipantau oleh pegawai yang dilantik sempena pertandingan Sudut PPDa di mana SK. Sultan Idris I telah dipilih untuk mewakili Daerah Kuala Kangsar.

Bersempena dengan lawatan pemantauan ini, para guru yang terlibat dalam organisasi PPDA tahun 2009, telah bersama-sama menaikkan semula Sudut PPDa ini yang mana kedudukan asalnya adalah di ruang tengah blok A dan ianya telah ditukar ke satu sudut di kantin..
Bulan April merupakan bulan di mana guru dan pelajar banyak melibatkan diri dalam beberapa program yang diadakan di peringkat daerah dan negeri. Bermula pada 2 hb April, 6 orang pelajar tahun 5 telah menyertai Kursus Orientasi Sahabat PEMADAM PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah Negeri Perak di Kampar. Pada 28 – 30 hb April pula seramai 4 orang pelajar yang terdiri dari 2 tahun 4 dan 2 tahun 5 menyertai Program Mengilap Mutiara Tunas PPDa Sekolah Rendah untuk Peringkat Daerah bertempat di Pusat Khidmat Masarakat, Sg. Siput.

Karninal PPDa tahun ini dimulai dengan peringkat Daerah yang dijalankan pada 16 Mei 2009, bertempat di MK Tun Perak, dimana pasukan boria telah menjadi Johan, begitu juga peserta sajak sekolah rendah telah dimenangi oleh penyajak dari sekolah ini. Kemenangan ini membolehkan pasukan boria dan peserta sajak mewakili daerah ke peringkat negeri yang diadakan di SMK. Dr. Burhanuddin, Taiping. Kejuaraan Adik Sulaiman dalam bersajak telah membolehkan beliau mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan dan seterusnya telah muncul sebagai Naib Juara Kebangsaan.
Untuk aktiviti Lima Minit anti dadah, Guru Bimbingan atau Ahli Kelab Kaunseling memainkan peranan secara lansung dalam menyampaikan maklumat semasa di perhimpunan pagi.

Bidang Kerjaya

Pakar saki puan : Oleh Dr. Muda, adik Norasyikin bt Azman:



KETERANGAN TUGAS:

• Menentukan jenis penyakit dan merawat kesakitan pada bahagian anggota kelamin perempuan.
• Memeriksa badan dan menentukan jenis penyakit yang dihidapi.
• Melakukan ujian rawatan kecil dengan pemeriksaan histopathologikal.
• Memberi rawatan penyakit atau melakukan pembedahan.


CIRI-CIRI PERIBADI SEBAGAI SEORANG DOKTOR SAKIT PUAN.

• Prihatin terhadap manusia, tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka.
• Mempunyai sifat belas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah.
• Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.
• Mempunyai emosi yang stabil, dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan.


Gaji Dan Faedah- Faedah Lain.


GajiPermulaan RM1884.00
ETP RM 165 .00
Sektor Awam : EKA RM 170.00
Elaun Kritikal RM 550.00

Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik sama ada di sektor awam atau pun swasta. Mereka boleh membuka klinik sendiri setelah berkhidmat dengan kerajaan atau hospital swasta. Di sektor awam mereka boleh meningkat ke peringkat JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Mereka juga boleh menjadi pakar perunding.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. Universiti Islam Antarabangsa
6. Universiti Malaysia Sarawak


Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
1. Sedaya College
2. International Medical Univercity

Syarat-syarat kemasukan:
SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik atau sekurang-kurangnya mendapat 2 prinsipal B dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dalam STPM atau yang setaraf.

Masalah remaja

Masalah remaja hari ini dan jalan penyelesaiannnya?. Jawapan
:
Pelbagai masalah remaja yang dihadapi oleh masayarakat pada hari ini, antaranya ilah:
i. Dadah
ii. Gam
iii. Pil kayal
iv. Pergaulan bebas,
v. Seks bebas
vi. Buang anak
vii. Pelacuran
viii.Rogol
ix . Rempit
x. Mencuri, merompak
xi. Membunuh

Cara mengatasinya

Cara nengatasi masalah remaja ialah dengan mengembalikan mereka kepada cara hidup yang diajar oleh Islam iaitu mematuhi segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah. Antara caranya ialah:
i. Mendidik mereka menjadi manusia yang bertanggungjawb pada diri, masyarakt dan agama.
ii. Menegur kesilapan mereka dengan bijaksana
iii. Menunjukkan contoh yang baik
iv. Mengawasi dan memantau
v. Memberi belaian dan kasih sayang
vi. Mencari alternatif lain sebagai ganti kepada perkara yang tidak baiuk
vii. Menyayangi mereka
viii. Memberi peluang kepada mereka untuk berubah
ix . Menerima mereka sebagai anggota mayarakat
x. Doa

Sunday, July 18, 2010

Program Membanteras Dadah Peringkat Sekolah



SK. Sultan Idris telah menjalankan Minggu Anti Dadah pada 12.4.2010 sehingga 16.4.2010. Minggu ini diadakan serentak dengan Minggu Anti Denggi. Berikut sedikit kenangan berkaitan dengan minggu ini.

Program Kaunseling


Assalamualaikum. Di sini ingin saya berkongsi pengalaman mengendalikan kaunseling kelompok besar yang diadakan saban minggu di sekolah saya. Setiap hari Rabu, saya akan bersama semua pelajar tahun 4, manakala tahun 5 akan bersama saya pada hari Khamis.

Setiap minggu, saya akan menyampaikan tajuk yang berbeza yang telah saya set dari awal tahun lagi yang akan meliputi pelbagai kemahiran kaunseling, kemahiran belajar dan maklumat yang berkaitan anti dadah, anti denggi dan sebagainya.

Untuk itu, saya perlu mengunakan pelbagai pendekatan agar pelajar tidak bosan.