Thursday, August 29, 2013

Laungan Kemerdekaan

Tarikh: 30 Ogos 2013
Masa:   7.50 pagi
Tempat; Dewan Seroja SKSI II, Kuala Kangsar
sasaran : Semua guru dan pelajar

Aktiviti :
1. Nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua guru dan murid.
2. Sajak patriotik
3. Laungan Kemerdekaan.

Selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas bil 14/2000 yang menghendaki semua sekolah menjalankan perhimpunan Khas  pasa setiap 30 hb Ogos, maka pihak sekolah melalui ajk Hari Kemerdekaan telah menjalankan program seperti yang di atas.  Selain perhimpunan khas ini, sepanjang bulan Ogos juga pelbagai aktiviti berkaitan hari merdeka telah dijalankan bersama semua murid.








Monday, August 19, 2013

Perasmian Program Mengibar Jalur Gemilang Sempena Ulang tahun Hari Kemerdekaan 2013

Program berkenaan telah dilaksanakan pada hari Isnin, 19 Ogos 2013 di Tapak Perhimpunan semasa perhimpunan rasmi mingguan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Roslan b. Kechil.  Penyelaras program iaitu Guru Pusat Sumber Sekolah telah dibantu oleh Guru NILAM dalam menjayakan perasmian program pagi itu.

Turut memberikan sedikit maklumat berkaitan Hari Kemerdekaan ialah PK HEM, Encik Mazlan b. Mat Ali.  Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program termasuk para pelajar.

Bacaan Yassin, Solat Hajat, majlis berbuka puasa dan penghargaan pelajar tahun 6 2013

Pada 1 hb Ogos 2013 yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam sekolah telah menganjurkan Majlis berbuka puasa dan penghargaan pelajar tahun 6 yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR 2013.  Dalam majlis berkenaan turut dilaksanakan Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk semua pelajar tahun 6.  Majlis bermula sejak pukul 6.00 petang dan berakhir sebelum waktu Solat Isyak.

Selain kehadiran semua ibu bapa penjaga pelajar tahun 6, majlis turut disertai ajk PIBG sekolah dan para guru.  Tahniah kepada pihak pengurusan , moga Allah memberkati majlis berkenaan....Amin.