Wednesday, June 12, 2013

Taklimat Peningkatan Sekolah dan Pembelajaran Vokasional

Taklimat berkenaan telah diadakan di SMK Vokasional ( yang akan digelar Kolej Vokasional )Padang Rengas, Perak pada 11 Jun 2013 bersamaan hari Selasa.  Peserta adalah terdiri dari semua kaunselor sekolah rendah dan menengah dari Daerah Kuala Kangsar dan Kinta.  Taklimat bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang.  Semua peserta diberikan penjelasan tentang peningkatan dan perubahan yang akan dilalui oleh bidang pembelajaran di Kolej Vokasional dan mereka juga dibekalkan dengan beberapa bahan yang mengandungi maklumat berkaitan.