Program ini telah dijalankan di SK. Kampung Jambu, Taiping pada 24 hingga 26 hb Mei 2013 lalu di mana beberapa pelajar tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar telah menyertainya. Pelajar mengikuti beberapa bengkel bahasa yang meliputi Bahasa Melayu ( Syair dan Pengucapan awam ) dan Bahasa Arab ( Tadarus Al Quran ) selain mengikuti bengkel vokal sebelum menjalani ujian atau pertandingan untuk menguji kebolehan masing-masing.
Walaupun belum mampu bersaing dari segi kemenangan, semua pelajar telah menunjukkan minat dan kebolehan masing-masing di pertandingan berkenaan. Ucapan tahniah kepada ketua kontijen, Pn. Nobaisah Mohd Kamil yang begitu bersemangat dalam mempastikan penyertaan pelajar dan usaha menimba ilmu berjaya dicapai. Tahniah kepada semua pelajar yang telah menyertai program berkenaan.
Sunday, May 26, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Pemantauan Lorong PPDa Sekolah
Pada 21 hb Mei 2013, bersamaan hari Selasa, seramai tiga orang pegawai JPN Perak telah hadir dan memantau Lorong PPDa sekolah sempena pertandingan Bilik, Sudut atau Lorong PPDa Sekolah Peringkat Negeri Perak.
Lorong PPDa sekolah telah mewakili daerah Kuala Kangsar di pertandingan ini dan dinilai dari segi keberkesanan sudut / lorong dan sistem fail pengurusan program PPDa sekolah.
Setiausaha dan Naib Setiausaha Unit PPDa sekolah telah bersama dengan semua pegawai sepanjang pemantauan berlansung. Harapan semoga ada keputusan yang baik selepas pemantaan berakhir.
Untuk semua warga sekolah, setinggi terima kasih dan syabas kerana komitmen yang baik sentiasa diberikan untuk Program Pencegahan dadah, rokok dan inhalan di sekolah. Juga mengharapkan agar lorong dan program PPDa ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya termasuk oleh masyarakat setempat.

Subscribe to:
Posts (Atom)