Sunday, April 24, 2011

Program PPDa 2011

Pada 11 hingga 15 April 2011, pihak sekolah melalui Unit PPDa sekolah telah menjalankan Minggu PPDa yang telah melibatkan Agensi Anti Dadah Cawangan Kuala Kangsar dan Pejabat Parol secara lansung. Pelbagai pertandingan, sesi ceramah dan pameran telah dijalankan dan sudah pasti dapat memberikan manfaat kepada semua warga sekolah dalam usaha menjauhi najis dadah.

Terima kasih kepada AADK cawangan Kuala Kangsar, Pejabar Parol Kuala Kangsar, Pejabat Parol Hulu Perak, PPD Kuala Kangsar, para guru dan semua anak didik atas komitmen yang baik yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.


Program Integrasi Kuala Kangsar


Pada 9 April 2011, satu Program Anjuran PPD telah berlansung di padang sekolah SK. Sauk di mana 8 elajar tahun 6 telah menyertainya melalui pelbagai acara yang telah dirangka dan dijalankan.

Program yang melibatkan pelbagai bangsa di daerah ini mendapat sambutan di kalangan murid sekolah dan guru, juga penduduk setempat di mana selain acara untuk murid sekolah, juga diselitkan acara untuk para ibu bapa dan guru
( sukaneka ). Acara berlansung sejak pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Pemilihan PRS Tahun 2011


Untuk pengetahuan, Unit Kaunseling sekolah masih menjalankan pemantauan terhadap beberapa calon untukPRS Tahun 2011/2012. Mereka telah mula menjalani kursus pada cuti persekolahan bulan Mac lalu dan masih di tahap pemantauan serta akan menjalani ujian bertulis sebelum dipilih dan disahkan sebagai PRS sekolah.